Welcome!

Saya adalah pengedar sah Shaklee. Blog ini mengandungi bermacam informasi tentang cara hidup sihat, keperluan tubuh, dan pastinya tentang produk Shaklee.

Any inquiry please e-mail me at nurussalwa.hilmi@gmail.com or whatsapp me at 013-2621822.

Thank you in advance people :)

Friday, May 8, 2015

100 tahun Vita-Lea

Assalamualaikum wbt and hi all,

Tahun 2015 adalah tahun yang sangat bermakna bagi Shaklee. Kenapa?

Tahun ni genap 100 tahun umur multivitamin pertama dunia iaitu Vita-Lea dari Shaklee.

Tahukah anda?

Vita-lea merupakan vitamin pertama yang dicipta didunia pada tahun 1915. Nama asalnya ialahVitalize-Mineral. Dicipta oleh pengasas Shaklee iaitu Dr Forrest C. Shaklee. Perkataan vitamin pun singkatan dari Vitalize-Mineral

*Clap,clap,clap*

Jadi sempena dengan ulangtahun yang ke-100 ini, Shaklee menawarkan Vita-Lea secara percuma bagi setiap ahli yang mendaftar bermula dari Mei hingga Oktober 2015!


Apa kelebihan Vita-Lea?

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Tablet Vita-Lea Shaklee ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. 

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea Shaklee telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN  di dalam Public Interest pada tahun 2000. 

Vitamin Yang Terkandung dalam Vita-Lea Shaklee :

Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak 
Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat 
Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi 
Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi 
Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot 
Boron – Membantu dalam metabolisma 
Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang 
Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung   


Manfaat Utama Vita-Lea Shaklee:

Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian. 
Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya m ereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia. 
Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. 
Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan. 
Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod. 
Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati. 

Berminat? Sila whatsapp saya di 013-2621822!

Thank you in advance people.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.


Thursday, May 7, 2015

Be you, beautiful you.

Assalamualaikum wbt and hi all,

Be you, beautiful you.

Kenapa saya buat tajuk yang memeningkan ni?

Sebab…

Terlalu ramai antara kita yang teringin nak jadi orang lain.

Jadi macam orang tu, jadi macam orang ni, jadi macam artist u, jadi macam artis ni.

Yang ada pada orang semua cantik, yang ada pada orang semua baik, yang ada pada diri kita?

Siapa lagi nak menghargai diri kita kalau bukan kita sendiri?

Kita semua cantik, ciptaan Tuhan semua cantik.

Apa yang kita dapat, kita jaga baik-baik, jadilah cantik. InshaAllah.

Tubuh badan kita adalah amanah yang Tuhan beri pada kita, jadi beri sehabis baik untuk menjaganya.

Kita tak akan jadi orang lain. Kita tetap kita, orang tu tetap orang tu, orang ni tetap orang ni.

Kan? :) 

Jadi mari mula mencintai dan mencantikkan diri kita.




Mari mulakan dengan mengambil supplement.

Kenapa perlu makan supplement?

  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yg menjejaskan kesihatan badan.
  • Badan kita memerlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya, nutrien hanya boleh didapati daripada pemakanan. Vitamin dari pemakanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti penuaan.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia yg lain. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  • Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
  • Mengamalkan gaya hidup yg tidak sihat seperti kurang bersenam atau kurang bersukan, merokok, tidur lambat, stress, sibuk dan sebagainya menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.
  • Rutin pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia yg tidak hiraukan diet yg seimbang.
  • Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan, kolesterol dan lemak telah mengurangkan simpanan mineral dan mengganggu penyerapan mineral.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera dan sebagainya.
  • Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah.
  • Persekitaran yg tercemar dan imunisasi yg lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan diri mudah dihinggapi penyakit.
Tapi, mengapa perlu Shaklee?

Sentiasa Selamat
Di Shaklee ada lebih daripada 80000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan ia berkesan dan tulen. Di Shaklee, kita tak main dengan paraben, Bisfenol - A, peluntur, perisa tiruan, pewarna tiruan, lemak trans dan bahan larangan lain.

Sentiasa Berkesan
Di Shaklee, lebih USD300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk. Bahan2 yang digunakan adalah semulajadi dan paling halus dan tulen. Fun fact: terdapat 54 pingat emas Olimpik dimiliki oleh atlet yang mengamalkan Shaklee. *saya sendiri kagum*.

Sentiasa Mesra Alam
Di Shaklee, kita menggunakan produk mesra alam yang benar2 selamat diri, keluarga, rumah dan juga bumi. Shaklee sendiri adalah peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam. *We really walk the talk*.

Anda berminat untuk mengetahui lebih tentang produk dan kebaikan Shaklee?
Boleh e-mail saya di nurussalwa.hilmi@gmail.com / whatsapp saya di 013-2621822!
Thank you in advance. :)


Wednesday, May 6, 2015

Chances and Changes.

Assalamualaikum wbt and hi all,


Hari ini saya melahirkan blog ini diiringi dengan harapan dan doa semoga sebuah perubahan besar akan terjadi dalam hidup saya.

InshaAllah bermula semalam (6 Mei 2015) saya dengan rasminya telah menjadi seorang pengedar sah Shaklee.

Kenapa Shaklee?

Shaklee bukanlah satu jenama baru yang tidak pernah kita dengar, ianya sudah berusia lebih kurang 50 tahun, dan sudah bertapak di Malaysia lebih 30 tahun. Jadi kualitinya bukanlah sesuatu yang diragui. Dengan keyakinan yang ada terhadap Shaklee, saya memberanikan diri untuk sign up sebagai pengedar yang sah.

Saya bermula sebagai pengguna, namun kerana inginkan perubahan, saya kata pada diri saya "Apa salahnya mencuba? Orang lain mampu, kenapa saya tidak?".

“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”


Moga dengan berkat doa dan usaha saya akan berjaya dengan Shaklee, moga anda diluar sana juga :)

Sebarang pertanyaan tentang Shaklee dan rakaian produknya, bolehlah menghubungi saya di nurussalwa.hilmi@gmail.com atau whatsapp saya di 013-2621822.

Sekian,
Moga perubahan kita hari ini adalah permulaan kepada sebuah kejayaan.
InshaAllah.

Your Shaklee Independent Distributor,
Nurussalwa Hilmi.